Tuesday, 11 October 2011

SAMBUTAN FESTIVAL de' LANGKAWI 2011

FESTIVAL de' LANGKAWI 2011 adalah merupakan sebuah program yang baru diperkenalkan di Langkawi. Program ini merupakan sebuah Karnival Tahunan yang menghimpunkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan seperti Expo dan Jualan, Pameran Usahawan IKS dan Syarikat Korporat, Persembahan Pentas, Pertandingan Sukaneka Rakyat, Persembahan Kebudayaan, Demonstrasi Masakan dan sebagainya.

FESTIVAL de' LANGKAWI 2011 akan berlangsung selama 1 bulan, yang mana ianya akan bermula pada 03hb Disember 2011 dan akan berakhir pada 03hb Januari 2011. Disepanjang tempoh ini, terdapat 3 karnival utama yang akan berlangsung. Karnival tersebut adalah:

1) Festival Langkawi 2011 (Sempena LIMA '11)        
    Tarikh : 03hb Dis - 11hb Dis 2011 ( 9 Hari )

2) Karnival Pekan Rabu, Langkawi 2011                   

    Tarikh : 16hb Dis - 25hb Dis 2011 ( 10 Hari )

3) Langkawi New Year Celebration 2012                   

    Tarikh : 29hb Dis - 03hb Jan 2012  ( 6 Hari )

Disepanjang berlangsungnya Festival de' Langkawi 2011 ini, terdapat pelbagai program dan aktiviti kemasyarakatan telah disusun atur untuk seluruh penduduk Langkawi amnya, dan seluruh para pelancong dari seluruh dunia ke Langkawi khasnya.

Untuk tempahan Lot Niaga dan Ruang Pameran sempena sambutan Festival de' Langkawi 2011, hubungi:
Pejabat Urusan,
Sekretariat Festival Langkawi 2011
No 10 & 10 A, Jalan 4/11B,
Seksyen 4 Tambahan,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor, Malaysia.



Tel : 03-8926 0614 / 03-8925 3044
Faks : 03-8927 4387







    BORANG PENGINAPAN (ACCOMMODATION)

    BORANG PENYERTAAN

    FESTIVAL de' LANGKAWI 2011

    LAYOUT PELAN LOKASI FESTIVAL de' LANGKAWI 2011






    Sunday, 9 October 2011

    FESTIVAL de' LANGKAWI 2011

    MAKLUMAT KEPADA PESERTA:

    PENYERTAAN FESTIVAL de’ LANGKAWI:

    Penyertaan adalah terbuka kepada individu, peniaga, usahawan, syarikat swasta, syarikat korporat, agensi kerajaan serta badan berkanun. Penyertaan mestilah menggunakan borang rasmi FESTIVAL de’ LANGKAWI 2011 sahaja.

    FESTIVAL de’ LANGKAWI 2011 akan berlangsung selama 1 bulan, mulai 3hb Disember 2011 sehingga 3hb Januari 2012. Sepanjang Festival tersebut, terdapat 3 karnival utama yang akan berlangsung bagi memeriahkan sambutan Festival berkenaan. Karnival tersebut adalah :

    ·         FESTIVAL LANGKAWI 2011 ( sempena LIMA ’11)
          Tarikh Program : 3hb Disember 2011 – 11hb Disember 2011 (9 Hari)

    ·         KARNIVAL PEKAN RABU, LANGKAWI 2011
          Tarikh Program : 16hb Disember 2011 – 25hb Disember 2011 (10 Hari)

    ·         LANGKAWI NEW YEAR CELEBRATION 2012
          Tarikh Program : 29hb Disember 2011 – 3hb Januari 2012 (6 Hari)

    Peserta boleh memilih sama ada untuk menyertai ketiga-tiga karnival tersebut, atau salah satu dari 3 karnival tersebut. Bayaran tapak adalah berbeza mengikut Karnival dan Lokasi Tapak.
    Sila rujuk Kadar Harga Rasmi Sewaan Tapak / Lot Jualan.
    *Terdapat potongan harga kepada usahawan yang mengambil ketiga-tiga Karnival tersebut

    BAYARAN PENYERTAAN FESTIVAL de’ LANGKAWI:

    (Sila Rujuk Senarai Harga Rasmi yang dikeluarkan pihak Sekretariat Festival )
    Setiap bayaran yang dinyatakan adalah TERMASUK dengan Lesen dan Permit Sementara yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Langkawi (MPL).

    Bagi Peserta / Usahawan yang berminat untuk menyertai FESTIVAL de’ LANGKAWI 2011 ini, bayaran pendahuluan (deposit) sebanyak 50% adalah diperlukan sebagai pengesahan kepada tempahan tapak yang dipilih. Peserta / Usahawan yang kurang berkemampuan (kategori peniaga kecil) adalah dibenarkan untuk menjelaskan bayaran deposit tadi dengan 2 kali bayaran (post dated cheque)

    Tempoh akhir untuk bayaran penuh / baki bayaran tapak berkenaan adalah pada atau sebelum 20hb November 2011.

    Bagi setiap pembayaran Tapak yang telah dibuat (sama ada deoposit atau bayaran penuh), wang TIDAK akan dikembalikan sekiranya peserta menarik diri.
    Pembayaran secara CEK / BANK DRAF / Wang Pos sahaja dibenarkan. Segala bentuk pembayaran hendaklah dibuat seperti maklumat dibawah:

    Akaun Sekretariat          :              FESTIVAL LANGKAWI OFFICIAL EVENT
    Bank                                :              CIMB BANK                      
    No Acc                             :              1218 001 1767 051

    Bagi Peserta / Usahawan yang ingin membuat bayaran secara TUNAI, adalah digalakkan menggunakan transaksi pembayaran melalui CASH DEPOSIT (Deposit Secara Tunai) terus ke Akaun Rasmi Sekretariat. Sila fotostat slip bayaran tersebut dan Faks kan kepada pejabat Sekretariat.
    Faks No: +603-8927 4387.  (Simpan Slip Bank sebagai bukti pembayaran).

    Pihak sekretariat akan mengeluarkan RESIT RASMI (Pembayaran Deposit) kepada peserta / usahawan sebaik sahaja bayaran diterima. Manakala SURAT PENGESAHAN PENYERTAAN secara rasmi akan dikeluarkan kepada peserta / usahawan setelah transaksi pembayaran SECARA PENUH telah dijelaskan dan diterima oleh pihak Sekretariat. Surat Pengesahan Penyertaan ini akan digunakan semasa hari pendaftaran di tapak ekspo nanti serta akan memudahkan segala urusan pendaftaran.
    PEMILIHAN LOKASI TAPAK & NO LOT :

    Pemilihan Lokasi Tapak dan No Lot adalah berdasarkan "FIRST COME BASIS". Tiada sebarang bentuk “reserved lot” dibenarkan kecuali disertakan dengan BORANG PENYERTAAN dan BAYARAN DEPOSIT (sebanyak 50% ) sahaja.

    Setiap Pembayaran Deposit yang dibuat akan disertakan dengan RESIT RASMI FESTIVAL, yang hanya dikeluarkan oleh Pejabat Urusan Sekretariat Festival Langkawi 2011. Tiada sebarang penggunaan Resit Sementara / Resit Persendirian oleh agen dibenarkan.

    Peserta dibenarkan untuk membuat pendaftaran dan bayaran penyertaan kepada Agen / Wakil Sekretariat, tetapi bentuk pembayaran yang dibenarkan adalah melalui CEK / BANK DRAF / WANG POS sahaja yang dibuat atas nama “FESTIVAL LANGKAWI OFFICIAL EVENT”.

    Bagi peserta / usahawan yang lebih selesa menggunakan pembayaran secara TUNAI, Pihak Sekretariat tidak mengesyorkan pembayaran secara TUNAI itu dijelaskan kepada Agen (sama ada yang dilantik atau tidak), sebaliknya peserta / usahawan adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan CASH DEPOSIT (Deposit secara tunai) ke akaun pihak Sekretariat bagi tidak menimbulkan sebarang masalah.

    Pihak sekretariat TIDAK bertanggungjawab diatas segala kerugian atau kehilangan yang melibatkan wang tunai sekiranya pembayaran secara TUNAI itu dijelaskan kepada pihak Agen.


    KHIDMAT PENGHANTARAN BARANG

    Peserta / Usahawan dibenarkan untuk membawa sendiri segala peralatan termasuk barang jualan untuk menyertai Festival ini. ( Atas urusan dan penyelarasan sendiri )
    Namun, bagi memudahkan para peserta / usahawan menghantar barangan ke Langkawi, pihak sekretariat telah melantik sebuah syarikat (outsourcing company) yang akan menjalankan khidmat penghantaran barang ( FERI KARGO ) ke Langkawi.

    Syarikat yang telah dilantik adalah seperti butiran berikut :

    Nama Syarikat                 : Fi Holidays Sdn Bhd
    KPL/LN                          : 5317
    Alamat Pejabat                : No 15, Jalan Pandak Mayah 4, Pusat Bandar Kuah, 07000 Langkawi,        Kedah.
    Alamat Kaunter                : No 20, Arrival Hall, Langkawi International Airport, 07100 Langkawi, Kedah.
    Nama Pegawai                 : Mohd Ridzuan Bin Omar
    Tel / Fax                              : +604 9664951
    No H/p                                : +6019 4171771 / 019 448 1771


    Bagi peserta / usahawan yang berminat untuk menggunakan khidmat penghantaran barangan (FERI KARGO) ini, segala peralatan / barangan yang hendak dihantar akan ditempatkan di Stor Simpanan Barangan Sementara, berhampiran Jeti Kuala Kedah.
    (Lokasi dan alamat penuh stor barangan ini akan dimaklumkan kemudian )

    Semua Barangan yang hendak dihantar itu mestilah berada di Stor sebelum / pada 28hb Nov 2011 (sebelum jam 5.00ptg). Barangan tersebut akan dipunggah dan dimasukkan ke dalam Lori Kontena pada 29hb Nov 2011 pada jam 10.00 pagi.

    Kapasiti barangan yang dibenarkan untuk setiap peserta adalah tidak melebihi muatan lori 1 tan. Jika peserta ingin membawa muatan yang banyak / melebihi syarat muatan, peserta dinasihatkan untuk membawa masuk barangan tersebut dengan menggunakan Lori Persendirian. (Kadar Caj adalah RM400 - utk muatan 1 tan)
    (Sila rujuk bahagian Keneraan Persendirian)

    Setelah selesai segala operasi pemunggahan barangan kedalam Lori kontena tadi,  lori tersebut akan bertolak dari Stor Barangan di Kuala kedah dan terus ke Langkawi. Feri Kargo yang membawa lori kontena itu akan tiba di Jeti Kargo Tanjung Lembung, Langkawi pada 30hb November 2011 antara jam 10.00 pg. Lori kontena tersebut seterusnya akan membawa kesemua barangan para Peserta / usahawan terus ke Tapak Karnival di Pekan Kuah. Peserta / Usahawan boleh mengambil barangan mereka di Tapak Karnival sahaja.

    Pihak Urusetia tidak akan bertanggungjawab diatas segala kerosakan, kehilangan atau kecacatan bagi setiap barangan yang dihantar.
     ( sila pastikan barangan yang dihantar adalah dibungkus sepenuhnya / wrapping )

    Bagi barangan yang tidak dituntut, pihak Pihak Urusetia Logistik akan meletakkan barangan tersebut di kaunter urusetia dan tidak akan bertanggung jawab sekiranya terdapat kerosakan atau kehilangan terhadap barangan tersebut.


    KENDERAAN PERSENDIRIAN

    Peserta / Usahawan juga dibenarkan untuk membawa masuk kenderaan persendirian bagi memudahkan urusan pengangkutan disana. Bagi peserta / usahawan yang ingin membawa kenderaan persendirian, segala kos bagi urusan penghantaran kenderaan tersebut adalah ditanggung sepenuhnya oleh Peserta / Usahawan.

    Namun bagi memudahkan urusan penghantaran kenderaan tersebut, pihak Sekretariat menasihatkan segala kenderaan yang hendak dihantar ke Langkawi perlu menggunakan khidmat Urusetia Pengangkutan yang disediakan. Urusetia Pengangkutan juga telah melantik Feri Kargo (khas) bagi membawa lori kontena barangan dan segala peralatan termasuk kenderaan ke Langkawi.

    Bagi peserta / usahawan yang ingin membawa masuk kenderaan melalui urusetia pengangkutan, kenderaan itu perlu diserahkan / dihantar ke Jeti Kargo Kuala Kedah (sebelah jeti penunpang) pada 29hb November 2011 , sebelum jam 9.00 pg.  Feri Kargo akan berlepas tepat jam 10.00 pg. Pihak Urusetia Pengangkutan tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta / usahawan terlepas waktu perjalanan Feri Kargo ini.

    Semua Kenderaan akan sampai di Jeti Kargo Tanjung Lembung, Langkawi pada 30hb November 2011 antara jam 10pg. Peserta / usahawan hendaklah mengambil sendiri kenderaan mereka.

    Peserta / usahawan perlu menyediakan butiran / dokumen bagi membawa masuk kenderaan ke Langkawi. Dokumen tersebut adalah:
    1)      Salinan K/P Pemilik kenderaan
    2)      Salinan Lesen Memandu
    3)      Salinan Geran Kenderaan
    4)      Salinan Cover Note Insuran Kenderaan

    Kadar caj bagi kenderaan yang hendak dibawa masuk ke Langkawi adalah bergantung kepada saiz kenderaan. Kadar caj untuk laluan Pergi-Balik adalah seperti berikut :
    Kereta Sedan     : RM 380
    Van dan MPV    : RM 450
    4 X 4 / Pajero     : RM 450
    Lori 1 tan             : RM 500
    Lori 3 tan             : RM 600

    PENGINAPAN

    Peserta / Usahawan boleh menguruskan sendiri penginapan mereka disana. Namun begitu adalah  dimaklumkan disepanjang tempoh itu terdapat satu acara besar di Langkawi iaitu LIMA ’11.

    Mengikut pengalaman yang lepas, semua hotel, budget hotel serta rumah tumpangan telah habis ditempah enam bulan sebelum bermulanya LIMA’11. Begitu juga dengan Kadar harga, sempena musim LIMA ’11 ini semua pengusaha hotel akan menaikkan harga bilik sebanyak 30% dari harga asal.

    Walaubagaimanapun, untuk kemudahan peserta pihak sekretariat ada menyediakan khidmat Budget Hotel khusus untuk peserta FESTIVAL de’ LANGKAWI 2011.

    Kadar bayaran adalah bergantung kepada Hotel dan jenis bilik. Bayaran bagi penginapan ini adalah TIDAK TERMASUK dengan sewaan tapak.

    Berikut adalah diantara senarai hotel dan kadar harga pada MUSIM BIASA dan MUSIM LIMA ’11 yang dikeluarkan oleh pihak hotel:

    Nama Hotel
    Lokasi
    Kadar Sewa (RM)
    MUSIM BIASA
    Kadar Sewa (RM)
    MUSIM LIMA ‘11
    COSY INN
    Pekan Rabu, Langkawi
    RM 140.00 per/day
    RM 220.00 per/day
    BARON MOTEL
    Pekan Rabu, Langkawi
    RM 120.00 per/day
    RM 180.00 per/day
    SINARAN MOTEL
    Kg Padang Lalang
    RM 120.00 per/day
    RM 180.00 per/day
    INS. PENGURUSAN PELADANG
    Jln Air Hangat
    RM 120.00 per/day
    RM 180.00 per/day
    REGION HOTEL
    Lencongan Putra 1
    RM 120.00 per/day
    RM 180.00 per/day
    TRIMULA MOTEL
    Trimula Mall
    RM 120.00 per/day
    RM 180.00 per/day
    CEMPAWAN INN
    Lencongan Putra 1
    RM 100.00 per/day
    RM 160.00 per/day
    LANGKAWI BUDGET INN
    Padang Mat Sirat
    RM 100.00 per/day
    RM 160.00 per/day
    TRILLION MOTEL
    Padang Mat Sirat
    RM 100.00 per/day
    RM 160.00 per/day
    D’ LALANg MOTEL
    Kg Kuah
    RM 100.00 per/day
    RM 160.00 per/day
    *Bergantung kepada kekosongan semasa